Posts

E-Book : KOLEKSI PUISI,PANTUN & SYAIR BESERTA PENERANGAN

Image
TAJUK E-BOOK: KOLEKSI PUISI , PANTUN & SYAIR BESERTA PENERANGAN PENGENALAN Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) dilaksanakan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertingkat daya mengekspresi dan kemahiran berbahasa ke tahap yang tinggi dalam kalangan murid sehingga dapat menggunakan bahasa kiasan dan bahasa perbandingan. Pada akhir pembelajaran sekolah menengah, murid diharapkan dapat: memupuk minat membaca; memperkukuh kemahiran berbahasa iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis; mengenali dan menghayati karya sastera; memahami budaya; menghasilkan karya sastera yang kreatif; mengenal penulis; serta mengurus emosi sendiri, mewujudkan empati dan mampu mengendalikan hubungan baik dengan orang lain. Dilaksanakan secara berperingkat, KOMSAS pertama kali dijalankan pada tahun 2000 bagi murid Tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 bagi murid Tingkatan 2 dan 5 dan pada tahun 2002 bagi murid Tingkat...