E-Book : KOLEKSI PUISI,PANTUN & SYAIR BESERTA PENERANGAN
PENGENALAN
Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia (KOMSAS) dilaksanakan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk mempertingkat daya mengekspresi dan kemahiran berbahasa ke
tahap yang tinggi dalam kalangan murid sehingga dapat menggunakan bahasa kiasan
dan bahasa perbandingan. Pada akhir pembelajaran sekolah menengah, murid
diharapkan dapat:
- memupuk minat membaca;
- memperkukuh kemahiran berbahasa iaitu mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis;
- mengenali dan menghayati karya sastera;
- memahami budaya;
- menghasilkan karya sastera yang kreatif;
- mengenal penulis; serta
- mengurus emosi sendiri, mewujudkan empati dan mampu mengendalikan
hubungan
- baik dengan orang lain.
Dilaksanakan secara berperingkat, KOMSAS
pertama kali dijalankan pada tahun 2000 bagi murid Tingkatan 1 dan 4, tahun
2001 bagi murid Tingkatan 2 dan 5 dan pada tahun 2002 bagi murid Tingkatan 3.
Pada tahun 2010 teks KOMSAS ditukar kepada yang baharu secara berperingkat
bermula dengan Tingkatan 1 dan 4. Kini, teks KOMSAS sekali lagi ditukar buat
kali ke-3 bermula dengan Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2015, Tingkatan 2 dan 5
pada tahun 2016 dan Tingkatan 3 pada tahun 2017.
Pertukaran teks ini dilakukan sejajar dengan
perubahan zaman dan sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran
abad ke-21. Murid diharapkan dapat memanfaatkan karya sastera dalam menjana
pemikiran aras tinggi bagi penyelesaian masalah, serta membentuk jati diri dan
mengamalkan nilai murni termasuk perpaduan dan patriotisme bagi memenuhi
keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial, pendidikan dan kerjaya.
Dua genre yang terdiri daripada novel dan
antologi yang mengandungi kompilasi cerpen, drama, prosa tradisional, puisi
moden dan puisi tradisional telah diperkenalkan. Dengan peruntukan dua waktu
seminggu daripada enam waktu Bahasa Melayu sekolah menengah, KOMSAS wajib
dipelajari oleh semua murid dan turut diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM), karya dalam teks KOMSAS dijadikan bahan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mencapai bidang estetik iaitu bidang
yang memberikan fokus kepada keupayaan murid untuk memahami, menguasai dan
menghasilkan penulisan kreatif serta bukan kreatif.
Melalui bacaan karya-karya ini, murid akan:
- memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera;
- mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar,
plot, gaya bahasa dan
- sudut pandangan;
- menguasai laras bahasa dan gaya bahasa dalam karya penulisan
kreatif dan bukan
- kreatif; serta
- menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Namun demikian, KOMSAS boleh dijadikan bahan
PdP dalam bidang interpersonal (keupayaan murid berinteraksi, memberikan pendapat,
berunding serta membuat pertimbangan) dan dalam bidang maklumat (keupayaan
murid mendapat, memproses dan menyampaikan maklumat). Tema karya KOMSAS yang
pelbagai dalam bidang sains, sosial, ekonomi dan politik sangat berkesan
dijadikan bahan yang boleh diteroka untuk menambahkan pengetahuan, menjana
pemikiran aras tinggi, memupuk sikap prihatin dan mengambil berat serta
berfikiran terbuka. Melalui kebijaksanaan guru merancang PdP berasaskan
aktiviti, murid akan teransang untuk membaca keseluruhan karya, seterusnya
sedikit demi sedikit dapat memupuk budaya membaca dan cinta akan karya sastera.
Objektif
Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu
adalah untuk membolehkan murid:
- Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera
iaitu novel,
- cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi
tradisional
- Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi
mengukuhkan kemahiran
- mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
- Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan
persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut
pandangan, nilai dan pengajaran
- Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti
pengarang
- Sasterawan Negara dan penulis terkenal
- Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang
dibaca
- Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan
novel, cerpen, sajak
- dan drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan
Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan
membolehkan murid menikmati dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu
sastera secara ringkas, mengenal penulis dan sejarah perkembangan tanah air
berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa murid.
Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak langsung murid dapat memupuk
tabiat minat membaca.
Berikut merupakan contoh-contoh karya:
1)SAJAK
SAJAK: 'AKU'
(Rosli K.Matari)
Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali
diriku
Kususur pasir panjang sambil kubayangkan aku
ini Adam
Hari inilah aku tercipta dan pertama kali
melihat laut, langit dan pohon
Kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.
Tidak terasa olehku sentuhan angin ini bertiup
di mana- mana
Bahkan aku tidak tahu kulit kerang itu pernah
wujud di sini
Tuhan aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru
ada.
2)PANTUN
PANTUN KASIH
SAYANG
Buah mengkudu
kusangka kandis,
Kandis terletak
dalam puan;
Gula madu
kusangka manis,
Manis lagi
senyuman tuan.
Asap api di
Tanjung Tuan,
Kuala Linggi
bakaunya rendah;
Harap hati
kepada tuan,
Langit tinggi
kupandang rendah.
Anak udang
meniti batang,
Berasa dahan
terlampai;
Melihat bulan
di pagar bintang,
Bagaikan rasa
hendak dicapai.
Jalan-jalan
sepanjang jalan,
Singgah-menyinggah
di pagar orang;
Pura-pura
mencari ayam,
Ekor mata di
anak orang.
Bila masa
dipanggil maut,
Cinta tidak
berharga lagi;
Asam di darat
ikan di laut,
Sampai masa
berjumpa lagi.
3)SYAIR
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang.
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
4)SELOKA
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi —
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat
menghormat, mulia-memuliakan.
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.
Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.
SILA TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN EBOOK:
https://drive.google.com/file/d/1Ab5Wo-su44A1dJA7PtYpzfE04uAcX8mV/view?usp=drivesdk
Rujukan
https://anyflip.com/siln/kxsx/basic
https://anyflip.com/zunqg/kqdf/basic/
http://cikgusimile.blogspot.com/2016/08/antologi-baik-budi-indah-bahasa_14.html
http://cikgusimile.blogspot.com/2017/01/antologi-bintang-hati-tingkatan-3-sajak_49.html
https://www.scribd.com/doc/311781403/Komsas-T2-Pantun-Alam-Remaja
https://www.scribd.com/doc/306322511/LATIHAN-Pantun-Kiasan-Dan-Kasih-Sayang
https://www.scribd.com/document/349287027/Seloka-Seloka-Santap-Istiadat
https://www.slideshare.net/beelayuya/syair-burung-nuri-karya-rahman-kaeh
Comments
Post a Comment